Monday, January 13, 2020

AYAT 1


Demi matahari dan cahayanya yang terang benderang;
(Asy-Syams 91:1)

TAFSIRAN AYAT
Kalimah Dhuha ada beberapa terjemahan. Ada yang mengatakan ianya adalah waktu pagi hari - yang selalu dikenali ditempat kita sebagai waktu Dhuha dan ada juga yang kata ianya bermaksud sepanjang hari selagi ada cahaya matahari.

Tapi pendapat yang selalu diterima dalah ianya waktu pagi, tapi waktu pagi yang cahaya matahari belum panas lagi. Keadaan cuaca waktu itu amat nyaman sekali kerana sudah terang jadi senang nampak semua benda, tapi tidak panas terik lagi, jadi suasana aman dan sedap sahaja.

Sebenarnya ada dua sumpah disini kerana ada huruf wa diantaran dua sumpah itu :
1. Dengan matahari
2. Dengan cahaya dhuha. Dan memang cahaya dhuha itu datang dari matahari juga. Maka ia masih berkait dengan matahari lagi.

Matahari itu besar, maka Allah bersumpah dengannya. Ia amat besar sampaikan ada yang menyembahnya kerana kesesatan mereka dan kerana jauh dari ajaran tauhid.

Sebab itu Allah tidak benarkan solat pada waktu metahari terbit dan tenggelam. Kerana itu adalah waktu penyembah matahari sedang menyembah matahari. Allah tidak mahu ada yang keliru dengan mengatakan umat Islam pun ada yang sembah matahari juga. Umat Islam tidaklah melakukan perkara ini kerana kita tahu kebesaran matahari itu dari kebesaran Allah.
Matahari yang sinarnya baru saja meninggi saat kita disunnahkan untuk melaksanakan sholat dhuha dijadikan sumpah oleh Allah. Dan tentu ada kepentingan waktu Dhuha itu sehinggakan Allah juga bersumpah dengannya.

AYAT 2

Dan bulan apabila ia mengirinya;
(Asy-Syams 91:2)

AYAT 3

Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
(Asy-Syams 91:3)

AYAT 4

Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap-gelita),
(Asy-Syams 91:4)

AYAT 5

Demi langit dan yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
(Asy-Syams 91:5)

AYAT 6

Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk memudahkan makhluk-makhlukNya);
(Asy-Syams 91:6)

AYAT 7

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
(Asy-Syams 91:7)

AYAT 8

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada taqwa;-
(Asy-Syams 91:8)

AYAT 9

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
(Asy-Syams 91:9)

AYAT 10

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(Asy-Syams 91:10)

AYAT 11

(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
(Asy-Syams 91:11)

AYAT 12

Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
(Asy-Syams 91:12)

AYAT 13

Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka :"(Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya(supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
(Asy- Syams 91:13)

AYAT 14

(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya)
(Asy-Syams 91:14)

AYAT 15

Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil)
(Asy-Syams 91:15)