Monday, January 13, 2020

AYAT 1


Demi matahari dan cahayanya yang terang benderang;
(Asy-Syams 91:1)

TAFSIRAN AYAT
Kalimah Dhuha ada beberapa terjemahan. Ada yang mengatakan ianya adalah waktu pagi hari - yang selalu dikenali ditempat kita sebagai waktu Dhuha dan ada juga yang kata ianya bermaksud sepanjang hari selagi ada cahaya matahari.

Tapi pendapat yang selalu diterima dalah ianya waktu pagi, tapi waktu pagi yang cahaya matahari belum panas lagi. Keadaan cuaca waktu itu amat nyaman sekali kerana sudah terang jadi senang nampak semua benda, tapi tidak panas terik lagi, jadi suasana aman dan sedap sahaja.

Sebenarnya ada dua sumpah disini kerana ada huruf wa diantaran dua sumpah itu :
1. Dengan matahari
2. Dengan cahaya dhuha. Dan memang cahaya dhuha itu datang dari matahari juga. Maka ia masih berkait dengan matahari lagi.

Matahari itu besar, maka Allah bersumpah dengannya. Ia amat besar sampaikan ada yang menyembahnya kerana kesesatan mereka dan kerana jauh dari ajaran tauhid.

Sebab itu Allah tidak benarkan solat pada waktu metahari terbit dan tenggelam. Kerana itu adalah waktu penyembah matahari sedang menyembah matahari. Allah tidak mahu ada yang keliru dengan mengatakan umat Islam pun ada yang sembah matahari juga. Umat Islam tidaklah melakukan perkara ini kerana kita tahu kebesaran matahari itu dari kebesaran Allah.
Matahari yang sinarnya baru saja meninggi saat kita disunnahkan untuk melaksanakan sholat dhuha dijadikan sumpah oleh Allah. Dan tentu ada kepentingan waktu Dhuha itu sehinggakan Allah juga bersumpah dengannya.

No comments:

Post a Comment